Mar 12, 2015

Hampir Terlupa

Assalammualaikum..

Hampir terlupa aku mengenai kewujudan belog ini. Saban waktu dan hampir berdekad sudah usia belog ku ini. Allah. Maafkan aku semua kenalan di alam maya. Hampir 2tahun aku diam dan sunyi tanpa berita. Hampir, ya makin hampir aku terlupa dengan dunia coretan dari hati ke hati. :)

Tak mengapa, aku akan kembali seperti sediakala. Walau tidak ada yang dtg menjejak lagi di belog ini. Tak mengapa. Kerana hanya ini yang tinggal kenangan di masa lampau..

--Skema sangat ya?--

Setelah hampir 2tahun menyepi.

  • Aku kini salah seorang dari Alumni UPSI (2010-2015)
  • Bakal menerima pengijazahan in Education of Multimedia pada Nov akan datang
  • Juga seorang tunangan kepada "seseorang"
  • Officially Abyres Sdn Bhd staf
Alhamdulillahh, segala impian yang aku tanamkan hampir tercapai. Ya hampir 80%. :')

Harini 12mac2015.. aku cuma punya masa tak kurang dari 2hari saja lagi akan bergelar isteri kepada "seseorang". Allahuakbarr.. banyak yang Allah rancang dalam hidup ku. Sememangnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.. Syukur sangat-sangat aku maseh mampu lalui semua neh tanpa gusar. Alhamdulillahh...

Sekian.

Syikin, Kikin, Ekin :)




Tolong baca sampai abes k...

Mar 10, 2013

CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA



Assalammualaikumm blogger..  :)
Acctually entry neh aku copy from the others.. 

Tak tahu kenapa sedikit sebanyak aku rasa mcm perlu jer nk post entry yg mcm neh.. tak bermaksud apa-apa or nk melibatkan sesiapa disebalek neh, tapi sebenarnya ada kisah dlm hidup ku utk memaafkan perkara yang lepas dan meminta maaf utk perkara yg dh pon terjadik.. kita hanya manusia biasa kan.. kesalahan kita sepatotnya ditegur bukan menjauhkan diri dan menunding jari sesama sendiri.. itu silapku.. dan aku berjanji perkara tersebut tak akan berlaku lagi lepas neh.. :')

"Memberi maaf lebih mulia daripada meminta maaf"

CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA
Tutup buku lama, buka buku baru
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.


• Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.


• Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.


Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.


MEMINTA MAAF
Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.


Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.

Tolong baca sampai abes k...

Kalau itu jodoh ku..

Assalammualaikum to all my muslim blogger and expecially to u yang tgh reads my entry.. hikhikk :)

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu,tetapi mensolehahkan diriku.. ♥ Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfuzku,imamku & ayah dari anak-anakku,engkau yang membersamai perjalananku nanti.. ♥ Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu,memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu,dan buah hatimu kelak.. ♥

InsyaAllahhh, kini aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk bertemu dengan ku kelak.. Dan begitu jugak dengan diriku yang terlalu byk khilafnya... aminnnn  ^_^
Tolong baca sampai abes k...

Mar 1, 2013

Finally..



Assalammualaikum..
hyep all..

Harini terasa mood rajin sangat nk menaip.. maybe sbb dah takde menda sangat nk bt kan.. act, belog neh aku just akan type time aku ada menda yang aku sniri tadapat nk cerita.. dari dlu lagi, yang aku tekan kan belog aku neh bukan utk tatapan org laen pon.. sbenarnya aku rasa hepi! seronok bila ada tempat utk meluah.. thats all.. :)

Berbalik kepada tajuk asal entri neh.. hmm, ape yer?? *suspen* :D
Alhmdulillah hampir 3bulan sudah, aku ditgalkan.. bukan bermaksud yg aku masih lagi dalam berkeadaan frust! tapi... hmm, tatau nk cakap cemana.. sumetimes perkara yang dlu, yang penah aku buat dgn dia.. aku rasa renduu sangat.. ~_~

Kenapa mesti ada perasaan rendu tuu?? aku sniri tatau nk explain mcmana, maybe it take a long time to forget everything.. so bersabar jela wahai hati yang telah disakiti.. hihihi :')
Aku tahu semua neh kerja Allahh, Allah yang aturkan setiap pertemuan dan perpisahan tersebut.. kerana apa Dia memisahkan aku dgn dia, mungkin antara kami sudah tidak ada keserasian tersebut, bak kata org, mungkin sidia bukan yang terbaek utk kita, SEBAB akan ada yang terbaek utk kita selepas ini..
Ya, aku mengaku.. aku yg kecewa, tapi aku sniri yang memujuk hati ku.. kerana apa, kerana aku tahu org sekeliling ku tak merasa apa yg aku rasakan.. mgkin hanya bagi nasehat utk aku, aku kuat utk hadapi situasi tersebut secara luaran tapi dalaman aku?? sunguhh aku terlalu sedih.. -__-"

Sepanjang 23thun aku tak pernah lagi alami kekecewaan yang sgt teruk! even PMR dgn SPM aku kurang A pon, aku takda la kecewa smpi begini..hadoiiii.. terlalu taksub sgt dgn dunia centa jadik mcm neh la.. ~_~"

so, finally.. akhirnyaa... aku dah mula bole buang perkara tersebut sedikit demi sedikit.. and now, aku dh bgn dgn AR yang baru.. semua neh besar rahmatnya, klu aku still lagi dgn dia, mgkin lagi byk dosa yang aku lakukan even scara langsung or tak langsung.. Alhmdulillah,syukur sgt.. terima kaseh yaAllah kerana sedarkan aku diusia muda aku.. utk mama & abah, aku hnya akan mengembirakan mereka spnjang hayat aku.. till the end, my parent always nomber one! onlyy one!  :')

sekian, bila hari aku rajin nati aku akan hapdet lagi.. see yahh! ;)

Tolong baca sampai abes k...

aku dah lakukan yang terbaik..



Assalammualaikum..
hyep to all my folowers..

Kamu semua penah tak terasa kehilangan? especially dari org tersayang? sebenarnya semua orang pernah alami kan, tak semua yg bernaseb baek and tak semua jugak tak bernaseb baek.. so for me, alhamdulillah and syukur sangat2 sbb still lagi diberi perluang utk memperbetulkan diri.. am i right?  :')

even menda tu dah berlalu, kenapa kita sbgai perempuan susah utk melupakan? sebab menda tu need to forgive but not to forget kan? .. nak terima hakikat bukannya senang.. susah sgt.. ~_~"

difficult thing yang aku susah sgt nak buat.....
nak padam memory2 aku ngan dia... susah sgt sbb menda tu dah terpahat kat dalam kepala hotak neh and dah berkarat almost 3 years.. alahaiii.. sedih bila nk cerita balek menda neh start from zero.. ~_~

acctually, aku bukan nk heboh cerita2 aku.. tapi aku rasa apa yg aku cakap neh lahir dari haty aku sniri.. and aku jugak bukan jenis yang ada masalah,luah sana sni then buat mcm takda masalah.. its not me! org laen maybe.. bagi aku, biar lah menda neh jadik pengajaran buat aku..sebab melalui kejadian neh la, aku dah jadik super duper ekin yang ckup hebat!!!! yes that me!

sempena tahun 2013 ini, aku akan lebih cekal and tabah nak lalui hidup neh even aku sensorang! aminnn..

sampai sni je.. see yah!
Assalammualaikum... :)

Tolong baca sampai abes k...