Mar 12, 2015

Hampir Terlupa

Assalammualaikum..

Hampir terlupa aku mengenai kewujudan belog ini. Saban waktu dan hampir berdekad sudah usia belog ku ini. Allah. Maafkan aku semua kenalan di alam maya. Hampir 2tahun aku diam dan sunyi tanpa berita. Hampir, ya makin hampir aku terlupa dengan dunia coretan dari hati ke hati. :)

Tak mengapa, aku akan kembali seperti sediakala. Walau tidak ada yang dtg menjejak lagi di belog ini. Tak mengapa. Kerana hanya ini yang tinggal kenangan di masa lampau..

--Skema sangat ya?--

Setelah hampir 2tahun menyepi.

  • Aku kini salah seorang dari Alumni UPSI (2010-2015)
  • Bakal menerima pengijazahan in Education of Multimedia pada Nov akan datang
  • Juga seorang tunangan kepada "seseorang"
  • Officially Abyres Sdn Bhd staf
Alhamdulillahh, segala impian yang aku tanamkan hampir tercapai. Ya hampir 80%. :')

Harini 12mac2015.. aku cuma punya masa tak kurang dari 2hari saja lagi akan bergelar isteri kepada "seseorang". Allahuakbarr.. banyak yang Allah rancang dalam hidup ku. Sememangnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.. Syukur sangat-sangat aku maseh mampu lalui semua neh tanpa gusar. Alhamdulillahh...

Sekian.

Syikin, Kikin, Ekin :)




Tolong baca sampai abes k...

Mar 10, 2013

CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA



Assalammualaikumm blogger..  :)
Acctually entry neh aku copy from the others.. 

Tak tahu kenapa sedikit sebanyak aku rasa mcm perlu jer nk post entry yg mcm neh.. tak bermaksud apa-apa or nk melibatkan sesiapa disebalek neh, tapi sebenarnya ada kisah dlm hidup ku utk memaafkan perkara yang lepas dan meminta maaf utk perkara yg dh pon terjadik.. kita hanya manusia biasa kan.. kesalahan kita sepatotnya ditegur bukan menjauhkan diri dan menunding jari sesama sendiri.. itu silapku.. dan aku berjanji perkara tersebut tak akan berlaku lagi lepas neh.. :')

"Memberi maaf lebih mulia daripada meminta maaf"

CARA-CARA MELUPAKAN KESALAHAN ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITA
• Tutup buku lama, buka buku baru
Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.
Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.
Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.


• Hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, dan hari esok adalah pemulaan hari baru yang membahagiakan
Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira.
Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita.
Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita.
tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.


• Teguhkan pendirian dan matangkan pemikiran
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, Anda kena kawal emosi.


Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.
Alhamdulillah, lega dah memaafkan orang lain kan… jadi, bila kita melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah kita buang ego jauh-jauh dan memohon maaf. Kita manusia yang tidak sempurna, begitu juga orang lain, memaafkan dan meminta maaf adalah motivasi hidup kita supaya redha, sabar dan tidak mementingkan diri sendiri.


MEMINTA MAAF
Meminta maaf atas kesilapan adalah manifestasi kematangan dan rasa tanggung jawab seseorang. jika kita telah melakukan kesilapan dan kesalahan yang melibatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia, sebaiknya menyatakan kemaafan itu adalah lebih baik dan bertanggungjawab.


Takut melakukan kesilapan? kita perlu ingat.. semua manusia akan melakukan kesilapan. Ya, memang kita tidak mahu melakukan kesilapan, ia membuatkan kita kecewa dan sedih. Oleh itu kita kena lah belajar dari kesilapan kita, jadikan kesilapan itu satu pengajaran dan pengalaman hidup supaya kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah.

Tolong baca sampai abes k...

Kalau itu jodoh ku..

Assalammualaikum to all my muslim blogger and expecially to u yang tgh reads my entry.. hikhikk :)

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu,tetapi mensolehahkan diriku.. ♥ Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfuzku,imamku & ayah dari anak-anakku,engkau yang membersamai perjalananku nanti.. ♥ Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu,memantaskan dirimu untuk jadi imam bagi tulang rusukmu,dan buah hatimu kelak.. ♥

InsyaAllahhh, kini aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk bertemu dengan ku kelak.. Dan begitu jugak dengan diriku yang terlalu byk khilafnya... aminnnn  ^_^
Tolong baca sampai abes k...

Mar 1, 2013

Finally..



Assalammualaikum..
hyep all..

Harini terasa mood rajin sangat nk menaip.. maybe sbb dah takde menda sangat nk bt kan.. act, belog neh aku just akan type time aku ada menda yang aku sniri tadapat nk cerita.. dari dlu lagi, yang aku tekan kan belog aku neh bukan utk tatapan org laen pon.. sbenarnya aku rasa hepi! seronok bila ada tempat utk meluah.. thats all.. :)

Berbalik kepada tajuk asal entri neh.. hmm, ape yer?? *suspen* :D
Alhmdulillah hampir 3bulan sudah, aku ditgalkan.. bukan bermaksud yg aku masih lagi dalam berkeadaan frust! tapi... hmm, tatau nk cakap cemana.. sumetimes perkara yang dlu, yang penah aku buat dgn dia.. aku rasa renduu sangat.. ~_~

Kenapa mesti ada perasaan rendu tuu?? aku sniri tatau nk explain mcmana, maybe it take a long time to forget everything.. so bersabar jela wahai hati yang telah disakiti.. hihihi :')
Aku tahu semua neh kerja Allahh, Allah yang aturkan setiap pertemuan dan perpisahan tersebut.. kerana apa Dia memisahkan aku dgn dia, mungkin antara kami sudah tidak ada keserasian tersebut, bak kata org, mungkin sidia bukan yang terbaek utk kita, SEBAB akan ada yang terbaek utk kita selepas ini..
Ya, aku mengaku.. aku yg kecewa, tapi aku sniri yang memujuk hati ku.. kerana apa, kerana aku tahu org sekeliling ku tak merasa apa yg aku rasakan.. mgkin hanya bagi nasehat utk aku, aku kuat utk hadapi situasi tersebut secara luaran tapi dalaman aku?? sunguhh aku terlalu sedih.. -__-"

Sepanjang 23thun aku tak pernah lagi alami kekecewaan yang sgt teruk! even PMR dgn SPM aku kurang A pon, aku takda la kecewa smpi begini..hadoiiii.. terlalu taksub sgt dgn dunia centa jadik mcm neh la.. ~_~"

so, finally.. akhirnyaa... aku dah mula bole buang perkara tersebut sedikit demi sedikit.. and now, aku dh bgn dgn AR yang baru.. semua neh besar rahmatnya, klu aku still lagi dgn dia, mgkin lagi byk dosa yang aku lakukan even scara langsung or tak langsung.. Alhmdulillah,syukur sgt.. terima kaseh yaAllah kerana sedarkan aku diusia muda aku.. utk mama & abah, aku hnya akan mengembirakan mereka spnjang hayat aku.. till the end, my parent always nomber one! onlyy one!  :')

sekian, bila hari aku rajin nati aku akan hapdet lagi.. see yahh! ;)

Tolong baca sampai abes k...

aku dah lakukan yang terbaik..



Assalammualaikum..
hyep to all my folowers..

Kamu semua penah tak terasa kehilangan? especially dari org tersayang? sebenarnya semua orang pernah alami kan, tak semua yg bernaseb baek and tak semua jugak tak bernaseb baek.. so for me, alhamdulillah and syukur sangat2 sbb still lagi diberi perluang utk memperbetulkan diri.. am i right?  :')

even menda tu dah berlalu, kenapa kita sbgai perempuan susah utk melupakan? sebab menda tu need to forgive but not to forget kan? .. nak terima hakikat bukannya senang.. susah sgt.. ~_~"

difficult thing yang aku susah sgt nak buat.....
nak padam memory2 aku ngan dia... susah sgt sbb menda tu dah terpahat kat dalam kepala hotak neh and dah berkarat almost 3 years.. alahaiii.. sedih bila nk cerita balek menda neh start from zero.. ~_~

acctually, aku bukan nk heboh cerita2 aku.. tapi aku rasa apa yg aku cakap neh lahir dari haty aku sniri.. and aku jugak bukan jenis yang ada masalah,luah sana sni then buat mcm takda masalah.. its not me! org laen maybe.. bagi aku, biar lah menda neh jadik pengajaran buat aku..sebab melalui kejadian neh la, aku dah jadik super duper ekin yang ckup hebat!!!! yes that me!

sempena tahun 2013 ini, aku akan lebih cekal and tabah nak lalui hidup neh even aku sensorang! aminnn..

sampai sni je.. see yah!
Assalammualaikum... :)

Tolong baca sampai abes k...

Jan 22, 2013

rendu belog aku!



assalammualaikum..
hyep to all my followers here..

actually, dah lama nk hapdet entry neh, tapi tula tahun 2012 merupakan tahun yang paling bizi sgt dalam life aku sepanjang two years aku jadik student neh.. HAHA *ayat buat teruk* :D
yela, aku bizi dengan kelas mengajar lagi, mana nak mengajar, mana nk kena belajar.. tak ker bizi semua tuu??

tak tahu kenapa, aku rendu sangat nak meluahkan semua yang terbuku dalam haty neh kat belog aku neh.. sebab neh jer tempat yang memahami aku!. kalau dia (belog) bole bercakap, dapat jugak dia jadik kawan aku kan? huhu, *merapu byk kau kin* ~_~ 

okey, nti ada apa2 entry aku akan hapdet lagi..
buat masa skrg, neh saje dulu..

see yaa
assalammualaikum... :)

Tolong baca sampai abes k...

Sep 28, 2012

alhamdulillah, rezeki.. :)

السلام عليک



salam,hye semua warga bloggers.. hihi, kadang2 aku sniri rasa nak tergelak, sebab aku kejap ada, kejap tadak mcm "chipsmore" jer.. tapi aku peduli hape, bukan org tahu pon.. aku wujudkan belog neh, sebab byk sgt benda nak ceta tapi tak tercerita nyaa.. sbb tu wujudnya belog aku nehh.. satu lagi, aku buatkan belog neh pon untuk tatapan aku kemudian hari.. mungkin jugak bila dh ada anak.. anak2 aku bole baca cerita mengarot2 dan tak bertauliah yg aku dah describe dalam neh.. kan anak kan?? tlg anggukk! :D

okey lahh, berbalek kepada tajuk.. hmm, aku bersyukur sangat dgn rezeki yg Allah turunkan untuk aku.. betul orang cakap, tak salah kita nak mencuba.. mana tahu, mmg tu rezeki kita.. nak seribu daya, tak hendak seribu dalihh.. Alhamdulillahh.. :)


Tolong baca sampai abes k...

Sep 25, 2012

Lama-lama sekali...

السلام عليک

Salam, hye.. lama2 sekali baru nk hapdet belog neh.. . hmm, kadang2 aku tertanya2 jugak, belog aku neh ada org dok view selalu tak?? kalau ada pon mungkin Stalker!! HAHA, gelak guling2.. buatpe nk stalk aku? aku bukan pemes ponggg ~_~" plis3.. jgn camneh okey?? :)

Okeylah, sebenarnya 10hb Sept haritu, aku dh selamat mendaftar kembali diri aku ke "Anak Kandung Suluh Budiman" .. rupanya dah dekat 2minggu aku dekat sini (tanjung malim) hewhewhew.. agak bizi jugak semester neh sebab aku dah jadik senior student! cewahh.. tiba2 bangga.. tiba2 pulak rasa diri dah tua.. adehh ~_~" semester neh aku rasa aku tader la rushing sgt utk minggu add & drop subject.. Alhamdulillahh, Allah telah permudahkan segala urusan ku.. :) 


Tolong baca sampai abes k...

Sep 6, 2012

aku & dia..

السلام عليک


google

Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untuk awak.
Pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untuk awak. 
Dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lainpun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu. 
Kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..aminn  ^_^

c&p fB :)

Tolong baca sampai abes k...

Aug 29, 2012

raya 2012 ^_^

السلام عليک

salam, hye.. aku pon nk hapdet jugak entri pasal raya.. HAHA, jeles sebab tgk org hapdet entri raya siap gambar bagai.. raya takan abes, sbulan lagi.. harini baru berapa syawal jer.. ngeee..

sambil-sambil tengah tengok ceta MARACLARA, bole la aku hapdet entri raya yang tak sampai seminit pon neh.. hahaha, nipu jer keja.. :P

raya tahun neh bole tahan best jugak laa.. tapi aku tiap-tiap tahun best kalau raya.. cuma dah tak best mcam kecik-kecik dulu.. balek kampung tido berkumpul merata corok tido sampai ke dapur-dapur.. HAHA, mmg best sgt tyme tu.. pastu pagi pulak, bgn awal mandi ramai-ramai dengan cousin.. maklum lah tyme tu suma kecik-kecik lagi.. mandi sampai abes air dalam kolah tuu..pastu terpaksa mencuri air kat umah jiran sebelahh..HAHAHA, jahat kan? :P


Tolong baca sampai abes k...

Aug 28, 2012

dah lama tinggal.. ~_~


السلام عليک


eh, salam, hye kepada suma yg sudi jejak kaki kat belog neh,, HAHA, rasa dah lama tak hapdet belog aku.. tetiba harini rasa nk hapdet pulak.. dah tadak keja sgt lani.. maklum lah sejak akhir2 neh aku makin bizi.. mungkin bila umur dh meningkat neh rsa malas jer nak typing dekat belog neh.. adehhss

sebenarnya tadak apapun nk cerita utk entri harini, cuma aku bukannya terus-terus tingal belog neh.. agak lama jugak lah since april aritu aku last hapdet, tapi aku mmg jeneh jarang hapdet belog pon, bukan tak SAYANG dekat belog neh, dah lama dah dia membesar sama2 dengan aku, sampai ada jugak lah tiap kali bukak folower yang dah unfolow..hikhikk.. sory, tak berniat utk menyemak.. sebenarnya saya cuma tadak masa yang lapang utk diluangkan dekat belog neh.. selama neh pun aku just jadik silent readers ja.. belogwalking jugak, baca kesah2 rakan belogers aku.. cuma aku jadik malas nk hapdet ja..heee


Tolong baca sampai abes k...

Apr 30, 2012

talking about someone.

السلام عليک 
harini entry ingat mengingati.. hahaha, tatau kenapa tetiba ja aku rasa nk update pasal someone neh.. his not my boifren, not only a just friend.. exactly, dun know how to calling this meaning in our relations. bagi aku, dia baek sgt.. tak ubah macam "abang". spell jap A.B.A.N.G.. =,= haha, stil ada lagi ker abg-abg angkat and at last terangkat zaman skrg neh?? hahaha


Tolong baca sampai abes k...

Apr 22, 2012

untitled

lama tak membizikan diri berbeloging..
menaip perkataan demi perkataan hanya kerna ingin meluahkan yang terbuku..
sungguh sebenarnya aku terlalu bizi..
semakin lama, semakin diriku malas untuk menaip disini..
disini, di tempat ini..
entah laaaa..

soryy suma.. saya mcam nak deactive aja belog.. =,="
Tolong baca sampai abes k...

Apr 4, 2012

Sudut Menjual!



السلام عليک
entri harini aku nak menjual seket barangan yang sedia ada..
nk clear stock yg tak berapa byk dah tgal tuu..

kaen ela utk 4meter..
ENGLISH COTTON
material : tak berkedut & tak perlu lining
harga : rm45 only
kepada sape2 yang berminat bole text aku or email aku yaa.. ^_^
telefono : 0174156711
email : asyikinrahim89@gmail.com
nak borong semua skali gus pon bole, aku bagi diskaun 20%.. hehe

EC01

EC02

EC03

EC04

p/s : nak perabeh buang.. bole nego harga lagi, if betul2 berminat :)
Tolong baca sampai abes k...

Apr 2, 2012

Biar dia tau, saya tak kisah

sumber google



Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more... (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)

by : Mohd Zhafri
(sumber facebook)

p/s : hayati & fahami =)

Tolong baca sampai abes k...

Apr 1, 2012

saya rendu . .




salam olls..

aku rendu .. 
rendu kemanisan yang dulu . .

bila lagi aku mampu utk merasai kebahagian yang dulu . .
sedih . .
impian yang dibina, hanya sekerat jalan . .

sekian . . =,=

Tolong baca sampai abes k...

Mar 31, 2012

alhamdulillah. .

salam, akhirnya berjaya jugak edit banner baru, bckground baru walaupun hasilnya tak la seberapa..
alhamdulillahh..
dgn lembaran yang baru..
insyallah aku akan terus kuat untuk melaluinya kelak..
amin... ^_^

#loveAR
Tolong baca sampai abes k...

Mar 30, 2012

Kalaulah kita masih seperti dulu



السلام عليکم
firstly, aku nak mtk maaf sgt2 sebab lama sgt tak update belog neh.. aku mmg cmneh, mmg suka menyepikan diri..bukannya aku tak belogwalking belog kwn2 suma, aku just bukak tgk and baca, then tutup.. tujaa..


okey, back to my tajuk.. hurmmm, tatau nak cakap.. bila ada masalah, aku carik tempat utk ngadu.. belog neh walaupun usang, walaupun tak lawa dan jugak tak sewgak mcm pretty zinta, neh lah satu2 belog yg paling lama dgn aku..biar buruk takpa, janji ini lah satu2nya tempat aku kongsi masalah..


aku tak kata masalah peribadi suma kita bole show, bole story.. but sometimes tu, kita mmg perlu utk luah melalui kata2 cm gini.. adehh, sape nk muntah silakan.. ini belog aku, aku owner belog neh.. haha, sukati aku lahh.. ngee :D


kalau kita masih seperti dulu, aku tak perlu rasa sakit mcm neh..
kalau kita masih seperti dulu, aku tak perlu utk rasa kecewa smpi mcm neh..
kalau lah,masa bole diundur kembali..
aku...

aku tau, tak mgkin akan ada masa utk aku berundur sbb bda tu tak mgkin berlaku..
. . .
. .
.
.
.
saya syg awak, kenapa saya perlu terima semua neh?
inikah balasannya bila saya dh mula sygkan awak?
saya benci awak, saya nk tglkan awak,
tapi saya tabole. . . sbb saya terlalu sygkn awak..
kenapa awak buat saya mcm neh. . .

T_T
Tolong baca sampai abes k...

Jan 31, 2012

who are u to judge the life i live??



السلام عليکم
okey guys, entri neh mmg entri marah + bengang + hangit suma ada.. sekali lagi diulang, entri neh mmg entri yg bole mendukacitakan sesiapa yang baca.. sory if aku buat anda..anda..anda terasa.. i dun mention it to u.. pliss.. plisss..

memang terasa bengang sgt2 harini sbb benda yang takda punca dijadikan punca yang sgt besar.. apa kau ingat kau tu siapa utk tentukan hidup aku? dimana aku menetap skrg, hutan belantara or hutan lipur, kau peduli kah? apa aku buat? kau ingat kau stalker paling hebat?? come on la syg.. pliss la.. jgn mcm neh.. aku pikir hang dah insaf.. sebab still lagi duk contact2 aku.. aku ingat hang dah lupa segalanya.. sbb still lagi duk calling2 me.. tolong lahhhhhhhh!!! hang sapa untuk aku kenang??

BEWARE kanak2.. you.. you..and your bf also.. BEWARE and BECAREFULL.! aku tak carik pasal.. ampa carik pasal.. apa dah hebat sangat la baru abes SPM? dah hebat sgt la sebab dah kenal dunia luaq?? apa kah dah hebat sgt kalau dah bole ber-couple dgn "PHOTOGRAPHER" (hebat sgt ka photog mcm pondan tu =,=)?? cis. aku ingat lagi dulu terhegeh2nya hang duk mengadap haku! terhegeh2nya hang nak jumpa haku? terhegeh2nya hang nak mtk tolong haku??? isy2.. lupakah suma sejarah2 tuh??? dah cukup besaq dah banyak hang lupa semua kenangan dengan aku.. dah ckup besaq agaknyaa.. owhh, ya lupa.. dah cukup
HEBAT BAHASA KAU
skrg ya.. sudah tak tahu beza hormat mana yang lebih tua..

tahniahh atas kehebatan anda! :)
im proud of you..

seeyahh!

Tolong baca sampai abes k...

Jan 25, 2012

impian part2

apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan! insyaallah :)

السلام عليکم
berbalek kepada impian aku yang telah aku senarai hitam kan tu, kali neh part 2 pulak.. mcm banyak ja neh..adehh  
okey kali neh aku nk ceta betapa minatnya aku dlm dunia photograhpy.. erkk =.=, aku baru newbie leww  seriously, aku mmg minat bergambar, means aku mmg suka snap gmbar & ditangkap gambar, tu mmg hobby aku.. sapa tak suka snap gmbar gtau aku?aku nk ketuk skali sbb kicik-kicik dah pndai menipu..hehe 
rata-rata 9/10 kebanyakan perempuan suka snap gmbar kan?mengalahkan lelaki, biasalah snap gmbar bukan stakat gmbar2 landskap, permandangan lah apa lah tapi snap gambar diri sniri mengikut kreativiti.. haha, kalau diri tak introduce by our self, sapa lagi nk tlg inroduce kan? lalala, serupa lah mcm kalau orang tak puji diri tu cantek, apa salahnya kalau diri seniri yang puji?? betul tak? ngeee =D

dah setahun aku belajar cara mengunakan dslr, banyak jugak yang aku tau selok-belok dunia photog neh, kadang-kadang bukan senang nak senang & bukan susah nak susah.. aku dh belajar banyak dah, dah katam buku2 manual pengguna, belog2 kursus2 photog, tapi hampehhhh... aku duk bengap situ lagi... mungkin aku jarang eksperimen ngn cik nikon aku kot.. sbb tu kadang-kadang nk snap gambar yang aku nak, mesti tak jadik la, terang sangat lah, gelap sangat lah, blur dan macam-macam lagi...

minat aku timbul since aku dekat polimas lagi, tyme tu satu kelas member2 aku mmg gyla kamera, tambah-tambah kalau ada nikon , tyme tu pulak yang ada nikon & orang yang paling awal intro pasal nikon ofcoz la budak kelas aku mr.peco.. dia tau segala benda dalam dunia iT, mgkin dia belajar banyak kot.. then  aredip budak neh pun sama jugak.. aku minat dslr neh pon sebab mereka lah! hahah

so untuk impian aku kali neh, aku terasa berkeinginan sangat2 nak update lens.. hahah (belajar pun tak abes lagi tapi ada haty dah =,=") antara lens yang akan aku update bila aku dh ada money yg lebih nanti macam Nikkor 50mm, 70-200mm, 28-300mm, 55-300mm .. okey aku tau mmg mahal nk beli.. aku pun tak cakap nk beli, tapi KALAU ada rezeki yang lebih apa salahnya kan? =)

kalau ada orang nk bagi pon takpa, aku sangup ja terima.. heheh :)

okey, itu saja..
seeyah, bubbye

Tolong baca sampai abes k...